BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 27 May 2010

buaya oh buaya

Assalamualaikum...


hari ni perasaan aku sangat berkobar nak bercerita pasal buaya ni... menarik weyh... aku dah jumpa 3 groups dah yang meng-isu-kan pasal benda ni... menarik kan... aku bukan nak sokong sesiapa [ayat selamat lah ni.. padahal xpun] maksudnya, kalau aku setuju dengan idea ban si selipar buaya ni pun bukan lah sebab aku ikut korang, aku ada alasan aku sendiri. ataupun sebaliknya, kalau aku xsetuju selipar getah ni di ban pun bukan sebab pendapat korang. aku ada pendapat aku sendiri, mungkin ada info yang aku baca-baca dan hasil otak aku yang dah berkarat ni memberi alasan2 tersendiri menyebabkan aku rasa benda ni ni diban atau tidak ok.

ok.. move on


ni lah issue nya kan.. sang buaya berkulit kelabu ni ada kalimah Allah rupa-rupanya... tengok2.. eeh betolla! logik! respon pembaca? BOIKOT!! ini la masyarakat kita.. most of them... very the typical Malaysian kan... yang suka crocs pulak, kata ni org yang tak da kerja mencari kerja.... jawapan aku lah tu.. tp jgn salah paham k... aku ni "terlalu kaya" nak beli sandal semahal ni.. baik lah aku bagi kat badan aku yang kurus kering yang dah ala2 org afrika xcuku makan ni... selamat la muka aku macam apek siket kan so xda la org panggil aku afrika! wawawa.. ada aku kesah? haha

tapi hakikatnya tu lah mentaliti pembaca kita. xselidik dulu... aku tak nak cerita benda ni betul ke tak. sebab aku rasa bloggers yang lai dah buat dah interpretasi terhadap sang buaya ni... ada yang kata buaya ni buaya chow-kit [mak aku suke ek sopping kat chowkit, jgn nak perli lebih2 lak.. aku sekeh kang.. hahaha] xpon kat petaling street.. tapi mereka masih dapat tunjukkan jugak yang ori pon ada jugak kalimah Allah ni... xkira lah hidung ada ke tak ada ke.. or mata naik atas ke bawah ke.. ada aku kesah ke... lain la kalau siboya bernyawa, barulah aku lari lintang pukang... kwang3

sebelum nya korang cuba fikirkan ek..

kepada "founder" [wow! macam bukak syarikat lak kan!haha] sebenarnya apakah niat kau nak buat benda ni? saje2? atau betol2 nak sedarkan orang ramai bahawa sebenarnya kita dipermainkan oleh yahudi? atau sekadar tekaan semata2? 

daripada soalan pertama ni, barilah perkara-perkara lain boleh disentesis.. sebab pada aku andai kata kita dapat jawapan yang pertama masalah akan settle, tapi malangnya aku tersangatlah yakin dan percaya persoalan pokok/ utama ni takkan terjwab.. so kita kupas dari sini je la kan...

pada pendapat saya suatu penjustifikasian terhadap sesuatu isu tu perlulah ada asasnya.. dan asas tu bukan asas yang main-main, tapi jelas dan tersuluh.. Islam ada ajar benda tu? ada, contoh? banyak.. salah satunya, hudud zina, nak kata ada berlaku zina perlulah bukti yang jelas, ada saksi yang nampak benda tu berlaku dan sebagainya lah... kesimpulannya Islam dah tunjuk satu method yang jelas macam mana nak kata sesuatu benda tu betul atau pun tidak... kalau difikirkan, mustahil lah isu ni nak dibuktikan sampai macam tu kan, tapi tak korang rasa sekadar lakaran imiginasi korang yang seperti ni sangatlah lemah... kalau suddenly ada pulak org kata, eh sebenarnya ni bukan kalimah Allah ni... ni jesus la.... haa macam mana pulak, setakat nak melakar kelogikkan ni aku boleh je... so dengan tidak ada kerja nya aku pun gatal2lah mengedit benda ni kan... hak3


ok2... no offense k.. jangan salah faham... kepada yang Kristian, aku tak ada niat nak buruk kan agama korang, tolong jangan salah faham ye.. baca sampai abis dulu...ini sekadar contoh yang membawa maksud, sekadar imiginasi tidak mencukupi.. mungkin xda kaitan dengan ketuhanan pon... mungkin nama orang? wow ada nama aku la! SIAPA YANG EMILIK SYARIKAT NI! MEH AKU BLASAH CUKUP2 SEBAB NAMA AKU ADA!...ok bukan niat aku nak mempermainkan agama ye... aku yakin "Allahurabbi, Muhammad nabiyau warasula...? itu bai'ah saya... dalam erti kata lain, apa yang aku nak cakap ialah jangan nak heboh-hebohkan benda yang belum tentu sahih.... kenapa kita tidak husnuzon? kalau pun mereka ni orang bukan islam, tapi tidak semua mereka hati busuk... ingat! mereka manusia! maka layanilah mereka sebagai seorang manusia. sebab mereka ada hak sebagai makhluk ciptaan tuhan..bukan hanya Islam sahaja yang dilayan baik sebab Nabi tak pernah ajar macam tu kan? kadang-kadang sesama muslim sendiri yang buat jahat sesama sendiri... korang dah nampak, ooo mungkin benda ni nak hina Allah, [na'uzubillahiminzalik] jadi, cari ah info yang cukup kuat untuk katakan benda ni kemungkinan besar betul... bukan sekadar, "eeh ghope2nye crocs ni ada kalimah Allah la!" sekali nama aku,.. macam mana? haaa... selagi asas hujah korang nak meng-accuse benda ni belom cukup kuat lagi, so xleh la nak cakap benda ni memang agenda Yahudi kan... 

seterusnya, kepada yang bantah benda ni untuk di ban... apa sebenarnya niat korang pulak? sebab korang belambak-lambak crocs ke? ke sebab ko beli mahal2 tetibe org ni suh campak tong sampah dah? tu korang fikir-fikirkan lah ye... adakah korang bantah sebab "ego" tak nak mengaku salah atau macam mana? sekadar gunaka alasan, korang ni imiginasi tinggi sgt! untuk menutup hakikat, " kepala lutut ko! aku beli mahal2 ko suruh aku boikot! sengal tol" haha pandai aku buat ayat kan.. haha.. tu tanya diri korang sendiri la ye

dalam isu crocs ni semua benda masih samar-samar... aku tertarik dengan jawapan us. hazrizal


ni jawapan seorang ustaz ye... bukan aku... dan ayat dia ni dah di manipulasikan oleh seantero pemboikot group "ban crocs" .. USTAD PAKAI IPHONE!! bestnya! haha... kalau pada aku.. macam aku kata kan tadi pendapat aku benda ni masih samar-samar, yang jelas untuk kata tu kalimah Allah, tak ada pon... sekadar coretan korang2ni... tapi masih boleh dikatakan logik kan... jadi bagi yang binggung, anggaplah benda ni shubhah... Islam ajar, bila bertembung suatu perkara antara haq dan batil (shubhah la tu) maka anggaplah dia batil... tapi kepada korang yang pasti benda ni tipu, gaya kan lah buaya anda di pavi atau klcc ye!

kalau pada aku, andaikata korang ni betol lah kan maksudnya ni agenda yahudi... maksudnya diorang berjaya weyh! bukan berjaya bagi korang nampak tu ada Kalimah Allah, bodoh sgt kalau macam tu.. tp diorang berjaya buat umat islam ni yang dah pecah ni semakin berpecah hanya gara-gara satu isu yang belum pasti.. tengok je lah dalam group tu, pakai bahasa semua "sopan" [aku lain ek, bahasa aku x sopan bukan aku nak bertelagah dengan korang.. hak3.. usaha menyelamatkan diri sendiri ;p] sama je semua... si buaya senyum si Yahudi guling2 tergelak korang melatah... cepat sengat orang kita melatah... pantang di usik... kot ye pon nak melatah biarlah ada asas ye...


menganai isu ni, respon aku, aku xla boikot, tp xla aku beli... mahal satu, pastu kaki aku ni kecik! pastu mungkin lah benda ni masih samae-samar kan... kalau yang dah ada nak buang lambang crocs tu... buat lah ape yang korang suke.. janji hati korang tenang, pada aku dengan tindakkan korang tu Allah Maha Mengetahui korang sangat menyanyagi Dia :)

respon member Indonesia aku pendek je tapi bermanfaat.. hanya Allah yang tahu crocs tu untuk apa... kan? kan? kan? jadi tok sah le bertelagah...

dalam isu ni... ada ustaz dah menjawabpertikaian ni... ikut lah ustad ni.. kalau xnak just diam2 je.. orang kita ni lain siket... time betul bahagian dia tu dia ikut la ustad ni.. time ustad tu cakap lain siket and tak seuai dengan dia mula lah dia kata ustad tu sesat! sudah.... ustad pulak yang sesat! hahaha... tapi tula kan yang berlaku.... terima ataupun tidak.. terserah korang

finally, aku buat benda ni bukan nak salahkan sesiapa.. ni pendapat aku, mungkin betul dan mungkin salah.. tanya diri kita sendiri yang mana pilih... bukan sekadar taqlid atau ego... hilangkan taqlid, hilangkan ego, jawablah sendiri... berbincang secara terbuka... sesiapa yang terbaca blog loser aku ni, and nak bagi pendapat sila lah ye... ungkin aku pun salah.... ingat! ni pendapat aku!! si boya kuning yang kene pijak2 tu k!

4 comments:

Anonymous said...

Erm , mmg agenda yahudi ni...dah tau2...lagipun xda benda yang kebetulan kalau orang yahudi punya brand.

dr.anonymous said...

crocs ni yahudi ek??
saya tak tahu lak...
saya xpernah amek tahu..
selamat la xda :))

Anonymous said...

pak cik saya pn ustaz pakai iphone. logo 2 mmg mcm kalimah Allah. better jgn pkaila kasut crocs if ragu2.

dr.anonymous said...

haha... i hone mahal dan tak mampu.. hak3..

also, on behalf of crocs.. u made a good point.. kalau ragu-ragu takyah la pakai...

memang macam kalimah Allah tu ada kemungkinan. tp kebenarannya hanya Allah yang tahu...

nak gaduh pasal benda ni pon xda guna.. our fellow muslims kat gaza tu lagi penting :)