BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 15 May 2010

K U C I W A~


Hype! Bertemu kembali di blog yang cukup membosankan dan tidak bermanfaat ini [tapi kalau ada yang baca tu, kiranya ada lah siket manfaatkan.. hek3] 
 --------------------------------------------------------------------
Sekadar peringatan, Entry ini adalah secara umum dan bukan berFOKUS kepada SESIAPA ye.. saya tidak berniat untuk menghentam sesiapa secara private... ini adalah hasil pemerhatian saya dalam byk perkara.. harap maklum
----------------------------------------------------------------------
Kecewa? Apa yang kecewa ek... hurm.. to be honest, I am disappointed with Malaysian citizens.. not all of them but some... maybe a lot maybe not, because i didn't count it yet.. Semalam berakhirlah perjuangan pasukan badminton Malaysia dalam Thomas cup and bagi Uber Cup sehari sebelumnya.. Analisa Separuh akhir, memang kiranya Malaysia kalah.. Mungkin dalam erti kata yang agak kasarnya "they deserved it" selayaknya kalah dengan China.. Kecewa dengan kekalahan? Sudah pasti.. tapi itu tidak lansung mematahkan semangat untuk menyokong pasukan Malaysia... yang lebih mengecewakan adalah mentaliti murahan dan "sialan" sesetengah rakyat Malaysia. Saya tidak tahu mana hilangnya semangat patriotisme dalam kalangan rakyat kita... mungkin sudah terkubur dan bersemadi bersama-sama pejuang kemerdekaan kita dulu... atau pun sudah hilang dek kerana kesenangan yang ada.. bukan sekadar menyokong pasukan lain.. malah men"sabotage" negara sendiri... ape lah nak jadi dengan rakyat Malaysia ni... bodoh? sudah pasti... berpijak di sebuah negara, membesar dalam negara yang sama tetapi negara itu lah yang di maki hamun... bukan setakat itu.. lebih rela pasukan negara sendiri kalah ditangan bangsa asing! kecewa dengan sikap rakyat yang kononnya pintar tetapi hakikatnya kontang pemikiran dan pemahaman tentang erti sebuah penghargaan terhadap negara tercinta. lebih suka menyokong negara lain, dan, yang lebih menarik menyokong negara yang sering menjadikan kita sebagai bahan untuk diperbodohkan dan ditertawakan.. lebih dari itu, mereka dengan mudah merendah-rendahkan negara kita. dan negara itulah yang kita julang-julang! Sebuah drama yang bodoh dan dilakonkan oleh segelintir rakyat yang tidak punya akal... belum kita memulakan rentak pertandingan lagi.. "KOMPEMLA MAN, JADI LAUK LA MALAYSIA MALAM NI" adakah serendah itu martabat pasukan negara?! sekurang-kurangnya, rendahnya martabat mereka tidak kira atas alasan apa pun, Datuk Lee Chong Wei Sudah memahat nama di persada dunia.. siapa yang yang bangga? seluruh rakyat kita! tatkala ingin berbangga maka di jaja nama Datuk LCW, tapi bila sudah dimedan pertempuran, nama yang dijaja dan di junjung itu hilang entah kemana, dan menjustifikasikan kekalahan sebelum mereka bertempur.. Mereka sudah tunjukkan mereka antara yang berusaha buat negara.. anda? yang kononnya pandai meramal segala-galanya... apakah sumbangan anda? badan dari kurus kering melidi sehingga gemok membelon, makan di negara yang bernama Malaysia.. sumbangan, usahlah nak dikata.. sekadar boleh dipandang sebelah mata.. sedangkan mereka semua, berusaha menunjukkan di mata dunia, Malaysia boleh belaka... maka anda lah yang saya gelar CILAKA! kerana hanya tahu berkata tapi tidak ada sumbangannya. kita kecewa dengan kekalahan dan mengakui performance mereka kurang memberansangkan, tetapi bukanlah sehingga kita dengan bangga mentertawakan mereka! Mana semangat kenegaraan kita? Jangan sibuk menyanyi lagu Negaraku tetapi tetapi sekadar tahu duduk dan menggigit kuku! tak ada gunanya kalau macam tu! Kesimpulan dari pemerhatian saya dengan rakyat Malaysia yang mentaliti songsang dan tak laku ini, mereka kurang semangat kenegaraan.. kenapa? sebab terlalu senang.. tidak ada cabaran menjadi rakyat Malaysia...kerana semuanya mudah belaka... Berbeza dengan rakyat Indonesia... hatta ketitisan akhir sekalipun masih menyokong negara sendiri.. jangan harap la kita nak mendengar mereka mensabotage pasukan negara mereka sendiri.. kalau ada yang seperti itu, maka itulah yang dijadikan lauk! Mungkin itu yang jelas dan nyata,sebuah negara bergelar Indonesia ada tetapi Malaysia tidak ada! Bukan saya kata saya sgt patriotik atau semua yang negara kita buat itu betol... TIDAK! yang salah tetap salah [macam isu perjudian] tapi cukuplah semangat kenegaraan yang ada ini. tidak lah sampai nak merendah-rendahkan negara sendiri.. sudahlah... cukuplah perangai anda ini memalukan Malaysia di seluruh dunia! dalam pada negara-negara di dunia yakin Malaysia mempunyai kehebatan dalam badminton.. rakyat sendiri memandang enteng dengan kebolehan kita sendiri... Jujurnya, mungkin rakyat Malaysia yang lupa daratan ni perlu hidup di negara yang susah, dan negara yang sering memandang rendah dengan kebolehan Malaysia, baru mereka sedar, bahawa kita patut bersyukur menjadi rakyat Malaysia... and as for the record, kalau dah x suka dgn Malaysia buat apa korang terhegeh-hegeh nak tinggal kan Malaysia? duduk lah di negara yang korang boleh mengembangkan bakat korang tu.. apasal tak buat macam tu? sebab korang tahu dengan potensi yang korang ada.. hanya mampu melatah dan remain in Malaysia dan mengutuk sahaja kan? huhuhu.......

our pictures during Thomas 2008 @ Istora Gelora Bung Karno
Sweet moments!








0 comments: